Monday, 4 January 2016


PERBANKAN ANTARABANGSA DAN LUAR PESISIR
(UMSKAL)




Image result for gambar umskal


Image result for gambar umskal




Pengenalan
Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah mula beroperasi pada bulan Mei 1999 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 356 orang. FKAL menawarkan 5 program Sarjanamuda dalam bidang-bidang Kewangan Antarabangsa, Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabangsa, Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan Kewangan Islam. Adalah dijangkakan dalam masa 10 tahun, 20% pelajar-pelajar akan terdiri daripada pelajar-pelajar dari luar negara. Halatuju program-program akademik FKAL ialah untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang bersifat global. FKAL bertekad untuk melahirkan tenaga pakar terlatih dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa. Fokus pengajaran dan pembelajaran di FKAL ialah pengurusan perniagaan global yang berteraskan kepada teknologi multimedia.
Visi Sekolah
FKAL bertekad menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang berperspektif global agar dapat mencerminkan Labuan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa.
Misi Sekolah
FKAL menawarkan program akademik untuk melahirkan tenaga pakar terlatih dalam bidang pengurusan perniagaan dan kewangan antarabangsa yang berteraskan kepada teknologi multimedia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Matlamat Sekolah
Menghasilkan pendidikan ilmu perniagaan dan kewangan yang berperspektif global melalui pengajaran, penyelidikan dan penerbitan;
Menghasilkan pendidikan yang seimbang dengan menggabungkan kemahiran-kemahiran konseptual, teknikal, kemanusiaan dan komunikasi;
Melahirkan sumber tenaga berilmu serta terlatih dalam bidang-bidang perniagaan dan kewangan antarabangsa yang berteraskan kepada latihan gunaan teknologi multimedia;
Melahirkan sumber tenaga mahir yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa dan berupaya menyumbang kepada pembangunan negara; dan
Sentiasa berusaha menjalinkan hubungan dengan sektor industri, kerajaan dan masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.

Image result for gambar umskal


Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20)


- Pengetahuan (graduan berpengetahuan dalam bidang perbankan antarabangsa dan luar negara)
- Kemahiran praktikal (Para graduan dilengkapi dengan pengetahuan dan pelbagai kemahiran yang dipelajari daripada program ini akan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan sebagai seorang pegawai yang cekap dalam industri perbankan dan kewangan)
- Kemahiran dan tanggungjawab sosial - Graduan mampu untuk melaksanakan khidmat masyarakat dalam bidang perbankan antarabangsa dan luar pesisir.
- Etika, profesionalisme dan kemanusiaan (Untuk berkhidmat sebagai pegawai etika yang baik dalam perbankan dan kewangan)
- Komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan (Graduan mampu untuk berkomunikasi dengan baik dan juga mampu membawa pasukan bank)
- Kaedah saintifik, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (Graduan dilengkapi dengan kepakaran dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir.)
- Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat (Graduan mampu melaksanakan pembangunan profesional yang berterusan di kawasan program dan juga dapat melaksanakan isu-isu baru yang berkaitan dengan Antarabangsa dan perbankan luar pesisir.
- Keusahawanan dan kemahiran pengurusan (Graduan mempunyai keupayaan untuk menceburi bidang perniagaan, dan mampu untuk menyediakan perkhidmatan perundingan dalam bidang perbankan dan kewangan)



Syarat-syarat kemasukan


Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir) dengan Kepujian
6 semester
27
Perbankan Antarabangsa Dan Luar Pesisir
HE20
Memenuhi syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi.


ANTARA  AKTIVITI HE20


Pelajar Perbankan Antarabangsa, Luar Pesisir UMS-KAL ke Miri

Mahasiswa UMS-KAL bergambar kenangan di Rumah Panjang Gua Long, Miri, baru-baru ini.


LABUAN 10 Mei – Ahli Kelab HE20 Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir daripada Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL) mengadakan lawatan ke Miri, Sarawak bagi mengenal pasti peluang perniagaan yang dijalankan di negeri itu.
Program ini disertai oleh seramai 40 mahasiswa tahun dua serta tiga pensyarah iaitu Raymond Liew Lubang, Rostinah Supinah dan Ling Tai Hu.
Pengarah program projek, Lim Shi Ying berkata, lawatan itu bertujuan membantu mahasiswa UMS-KAL mengenali dan meneroka jenis dan peluang perniagaan yang dijalankan di sekitar Miri.
Menurutnya, dalam lawatan selama tiga hari itu Kelab HE20 telah membuat kunjungan ke beberapa tempat seperti Universiti Teknologi Curtin Sarawak, Rumah Anak Yatim Kompleks Kebajikan Hamidah, Muzium Petroleum Grand Old Lady dan Rumah Panjang Gua.
“Lawatan itu juga adalah bagi mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan penduduk tempatan. Pada masa sama, kita juga mempromosikan peluang pengajian SPKAL dan UMS-KAL kepada penduduk Miri,” katanya.
Beliau berharap, mahasiswa yang menyertai lawatan sambil belajar itu akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga untuk diaplikasikan kepada Kelab HE20, SPKAL dan UMS-KAL.
Katanya, lawatan singkat itu seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada mahasiswa untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka terutama yang berkaitan dengan program yang mereka pelajari di SPKAL.
“Lawatan ke Miri seharusnya memberikan manfaat kepada pelajar untuk diterjemahkan ke dalam pembelajaran mereka di universiti,” katanya.

Image result for gambar umskal 

2 comments: